salam

Rintik Gallery menyediakan perkhidmatan pelbagai jenis cenderahati yang unik dan cantik khas untuk mereka yang inginkan kelainan dalam melengkapkan apa jua majlis. Kami akan memastikan setiap pelanggan kami berpuashati dan pesona majlis istemewa anda akan di kenang selamanya... dan keberkatanya membawa hingga ke syurga...



Thursday 20 June 2013

Bagaimana saya mula terlibat dalam kraft quilling? Hmm... saya semamangnya seorang yang sangat meminati bidang kraft... Saya lebih suka  mereka sendiri kad ucapan hari lahir kepada sahabat handai... Suka melihat apa jua yang berkaitan dengan kraft DIY. Satu hari ketika sedang menonton sebuah rancangan wanita di TV 9, kalau tak silap Saffiya tajuknya, dalam salah satu ulasannya ialah tentang seorang pelajar membuat kraft quilling. Dari situ, saya jadi jatuh cinta dengan seni kraft quilling yang saya rasakan sangat menarik dan unik. Dengan hanya menggunakan kertas-kertas kecil yang di potong panjang dan kecil, ianya mampu memberikan kepelbagaian idea yang menambat hati semua...