salam

Rintik Gallery menyediakan perkhidmatan pelbagai jenis cenderahati yang unik dan cantik khas untuk mereka yang inginkan kelainan dalam melengkapkan apa jua majlis. Kami akan memastikan setiap pelanggan kami berpuashati dan pesona majlis istemewa anda akan di kenang selamanya... dan keberkatanya membawa hingga ke syurga...



Wednesday 27 November 2013

gift perkahwinan terbaru dari kami

salam,
kami ada gift baru!!!...pin reben yg sgt comel utk dijadikan cenderahati di ari perkahwinan anda!!!.....pelbagai warna mengikut warna tema majlis anda...

Pin reben 

Friday 8 November 2013

Promosi gift kahwin

Promosi akhir tahun

Untuk setiap pembelian gift kahwin @ goodies beg, kami akan berikan 20% diskaun serta kad 'terima kasih" dari pasangan (nama anda berdua) secara percuma


Tuesday 22 October 2013

Salam Aidil Adha...




Salam....

Alhamdulillah, dpt gak kite sume menyambut hari raya haji tahun nie...

Hari raya haji (Aidil Adha) @ hari raya korban di smabut pada 10, 11, 12 & 13 bulan Zulhijjah. Hari raya korban mengingatkan kite tentang sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim s.a dalam menunaikan perintah ALLAH

Dari Segi bahasa 'korban " bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia membawa maksud menjalan kan perintah agama @ taat kepada perintah ALLAH kerana ingin dekat dengan nye...
Hari raya haji @ hari raya korban jatuh pada 10 bulan zulhijjah iaitu bulan terakhir dalam kelendar hijrah islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah islam, dimana Nabi Adam dan isterinye Hawa di keluarkan dari Syurga dan di turun kan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah di liau kota Mekkah.

Di pagi Hari raya kite di wajibkan memakai pekaian baru, bersih dan memakai wangi-wangian. selain berpakaian cantik dan warna-warni, kite juga dapat mengeratkan hubungan silatulrahim, kerana sume ahli keluarga yg dekat mahupun jauh berkumpul bersama-sama untuk meraikan hari kebesaran ini...

Untuk keluarga yang jauh, hati-hati dijalan raya... ingat orang yang tersayang...... :)



Wednesday 11 September 2013

Cenderahati.....

Salam......

cenderahati kini menjadi eleman penting bagi setiap majlis keraian. Bagaimanakah jenis cendarahati yang anda inginkan?....mungkin ada yang inginkan cenderahati yang seiring denagn tema @ konsep majlis....

Contohnye jika majlis berkonsepkan klasik @ tradisonal, mungkin kotak mengkuangdengan isian pelbagai aneka kerepek @ kuih-muih tradisonal seperti bahulu, kuai bangkit, cakar ayam atau sebagainya...
Manakala untuk yang berkonsepkan moden, balang kaca, kotak, paper beg dengan isian gula-gula, coklat mahupun cup cake boleh dijadikan pilihan....

Pilihan cenderahati juga mampu mencipta memori yang pasti kekal dalam ingatan para tetamu contohnya frame dengan ucapan khas.

kini terdapat juga buku-buku doa @ pelbagai surah yang sangat berguna dijadikan sebagai tanda perhargaan terima kasih.

Pilihan sentiasa di tangan anda!! pastikan pemberian cenderahati ini tanda terima kasih dan penghargaan diatas kehadiran tetamu serta dapat menjalinkan silatulrahim berpanjangan....


Tuesday 20 August 2013

Salam Aidilfitri.....

Hampir 2 minggu kita menyambut Syawal.... pastinya kemeriahan Syawal ini di raikan dengan penuh keberkatanNya. Meraikannya bersama keluarga adalah cara yang terbaik menyambut hari kemenangan ini. Ini adalah masanya untuk menjalinkan silaturrahim sesama saudara, jiran tetangga dan handai taulan,,, merapatkan saf persaudaraan sesama muslim ,,, dan meluasakan kuasa hari lebaran ke seisi alam,,,

Wednesday 10 July 2013

salam ramadhan

salam...
selamat menyambuat bulan ramadhan, Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan kena rantai...

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat membersihkan  kembali hati kita  dan dapat mengawal  nafsu-nafsu jahat yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap  umat Islam.
Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri
sendiri.
Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Wasalam 

Thursday 4 July 2013

majlis farah & rezza


            Persiapan gift kahwin  Fara dan Rezza 



                                         










 Frame Quilling Untuk Meraikan tetamu yang datang ....

Terima kasih kepada Fara dan Rezza kerana memilih gift kami untuk majlis bahagia mereka yang diadakan di Sri Medan, Batu Pahat. Semoga kebahagiaan mereka kekal selamanya.... Kami doakan semoga cepat dapat baby...:)

Thursday 27 June 2013

Alhamdulilah.... masalah jerubu dah semakin selesai... Batu Pahat semalam hujan,  hari nie pandangan lebih terang dan cerah. Sekolah yang  di cutikan pun dah mula bersekolah hari ini. Kesannya ramai yang sakit terutamanya kanak-kanak atau mereka yang menghidap asma.
Beberapa hari lalu, semua orang sibuk memperkatakan tentang jerubu. Daripada budak sekolah, pemimpin negara, ahli perniagaan, sehinggalah orang politik. Saling menunding jari mencari salah pihak lain. Ada juga pihak yang mencari -cari solusi penyelesaian masalah jerubu yang seringkali terjadi.
Namun, hilangnya jerubu hari ini, akan hilanglah juga segala cerita sehinggalah kembali jerubu. :)
Dan ceritanya tetap sama seperti hari ini dan semalam...




bagi pelajar2 sekolah...selamat kembali ke sekolah....\('.')/

Thursday 20 June 2013

Bagaimana saya mula terlibat dalam kraft quilling? Hmm... saya semamangnya seorang yang sangat meminati bidang kraft... Saya lebih suka  mereka sendiri kad ucapan hari lahir kepada sahabat handai... Suka melihat apa jua yang berkaitan dengan kraft DIY. Satu hari ketika sedang menonton sebuah rancangan wanita di TV 9, kalau tak silap Saffiya tajuknya, dalam salah satu ulasannya ialah tentang seorang pelajar membuat kraft quilling. Dari situ, saya jadi jatuh cinta dengan seni kraft quilling yang saya rasakan sangat menarik dan unik. Dengan hanya menggunakan kertas-kertas kecil yang di potong panjang dan kecil, ianya mampu memberikan kepelbagaian idea yang menambat hati semua...